AJARAN SESAT AYAH PIN

Arifin bin Mohamad dilahirkan pada tahun 1946 di Bachok, Kelantan. Beliau merupakan anak murid kepada Hasan Bin Yaakob yang sejati dan pernah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Ratib oleh Ayah Hasan. Tetapi apabila Hasan bin Yaakob dibuang daerah ke Kajang, Selangor. Arifin membuka gelanggang sendiri ,sekali gus mengambil alih kumpulan Ratib Kuat. Dia bernasib baik kerana seluruh pengikut Hasan telah menjadi pengikutnya. Markas utama penyebaran Ayah Pin ialah di kampung Batu 13, Tenang, Besut, Terengganu. Ajaran Ayah Pin merupakan satu-satunya ajaran yang paling ramai pengikutnya di negeri Terengganu dan mereka dikatakan paling “liat”. Ajaran ini masih aktif di kalangan bekas pengikut setianya walaupun telah diwartakan sesat dan menyeleweng pada tahun 1997. Antara akidah-akidahnya yang sesat:

·         Tuhan itu adalah manusia.
·         Mesti berjumpa Allah dan Rasul baru boleh percaya.
boleh mengatasinya.
·         Nabi Muhammad mencantumkan Kitab Zabur, Taurat dan Injil sehingga menjadi Al-Quran.
·         Hanya Ayah Pin dan Nabi Muhammad sahaja yang berguru kepada Jabrail
·         Setiap kali bersembahyang, hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
·         Zikir lebih afdal daripada solat lima waktu. Jika seseorang itu telah ada ilham, zauq dan kasyaf solat lima waktu digugurkan.
·         Tidak perlu percaya kepada Rasullah kerana Rasullah adalah manusia dan kita
·         Solat lima waktu tidak wajib.
·         Al-Quran perlu dibakar dan abunya dilumurkan pada tubuh Ayah Pin kerana al-Quran yang ada sekarang bukanlah yang sebenar.
·         Ayah Pin pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan
·         Arifin mendakwa bahawa dirinya diresapi oleh nabi dan akan sampai waktunya nanti dia akan bertukar menjadi Iman Mahdi.
·         Pengikut mesti mengorbankan harta benda mereka apabila diperlukan oleh gurunya.
·         Arifin sudah mikraj ke langit dan duduk di atas Arasy.

0 comments:

Post a Comment